Kembali ke Kota Bharu

Semalam... kami dah pulang ke rumahku syurgaku.

Dalam pukul 6.30 ptg, selepas ke pasar ramadhan kamunting (ya... masih sempat).. bersedih sedihan dgn semua di rumah makabah... kami pon bertolak pulang. Sampai di kuala kangsar.. husband offer the steering to me. Wah wah.. sebab dia nak membedal makanan.. yelah. Dah masuk berbuka pon masa tu...

Rupanya rabun malam gua agak teruk. Haiyo... banyak susahlah drive malam2 diterangi cahaya lampu kereta saja. Dari atas sket dari kuale kangsor... sampai la separuh jalan naik ke banjaran tu.. gua drive. Mmg seksa rasanya. Tak ramai menuju ke kelantan semalam. Ramai yg dari kelantan ke arah grik semalam..

Sekali tu.. dah nak sampai Jeli.. ebok muntah. Yer... ebok yg konon2 hensem tu ada motion sickness. Naik kereta simpang siur senang muntah. Apadaaaa...

Pukul 12.30 pagi kami sampai rumah. Alhamdulillah... lega rasa. Walaupun naik kereta.. tetap budak2 ni kena carlag (ganti jetlag). Pukul 3 pagi baru pakat lena... hihi

#hatikutertinggalditepeng #cepatsembuhabahmak

Comments

Popular Posts